Wednesday, December 8, 2010

K.A.M.J.A.T

Assalamu’alaikum wbt.

Kalau tak silap, ini posting kedua aku dalam tahun ini. Bukan kerana terlalu sibuk, tapi kerana aku tak rasa semua benda aku nak kena cerita. Lagi pun, hari-hari aku dah meluah di laman sesawang bukumuka. Jadi rasanya tiada keperluan untuk mengemaskini blog sajenyelepon ni. Tapi kali ini, aku rasa perlu untuk aku menulis kerana dah hujung tahun dan kalau ikut bulan Islam, dah masuk tahun baru pun. Jadi posting yang ini lebih kepada nak cerita secara keseluruhan pencapaian dan pengalaman hidup tahun 2010 ini.

Cukup dengan mukadimah kita terus kepada azam-azam yang aku angankan pada awal tahun 2010 ini. Aku tetapkan tahun 2010 ni ada 2 azam besar yang aku ingin capai tapi jadi 3 azam pula bila dh lepas suku tahun yang pertama dan alhamdulillah 1 dari 3 tu aku dah berjaya capai dan lagi dua tu sangat-sangat hampir nak tercapai tapi terpaksa dibawa ke tahun depan dan insyaAllah, tahun depan kedua-duanya akan dicapai dengan jayanya. Impian untuk membahagiakan mak dah pun dapat aku tunaikan dan hasilnya sebuah rumah yang tak seberapa besar dan selesa tapi aku kira cukup besar ertinya buat mak yang telah sekian lama mengidamkan untuk punyai sebuah rumah sendiri! Alhamdulillah. Allah beri aku kelapangan dan kesempatan untuk berbakti pada mak dan abah. Pada yang telah membantu terutamanya abang aku, seorang sahabat bernama Meor dan cimuk tersayang, aku ucapkan ribuan terima kasih. Apalah kiranya wang ringgit hatta nyawa ini untuk mak yang melahirkan kerana tiada apa dapat aku balas untuk menebus tiap tegukan air susu mak dan setiap penderitaan yang mak lalui untuk besarkan aku hingga kini.

Azam yang kedua ni aku anggarkan harus terjadi sekiranya azam yang pertama tadi tu selesai. Jadi oleh sebab azam yang pertama tu lambat tercapai (baru dalam seminggu ni je pon), azam yang kedua ni pon agak tergendala tapi aku dah mula gerak langkah dalam masa azam yang pertama tu sedang diusahakan. Alhamdulillah, perkembangan yang positif dan memang betul agakkan aku yang azam kedua ni akan menjadi bila azam yang pertama berjaya. Justeru, harus persiapkan diri untuk azam yang kedua ini!

Azam yang ketiga ni tak lah begitu besar tapi penting dan atas rasa tanggungjawab kepada keluarga, aku usahakan juga untuk tolong apa yang termampu. Sekali lagi, abang aku masih sedia membantu dan begitu juga dengan kakak sulung aku, Yong. Rasa malu pun ada kerana aku terpaksa susahkan mereka lagi sedangkan sekarang aku dah pun bekerja. Dulu masa belajar Yong dengan Abang la yang banyak tolong. Moga Allah murahkan rezeki mereka. Amin.

Berkenaan dengan kerjaya, aku masih lagi di tempat lama. Belum terbuka hati untuk berhijrah. Mungkin sebab belum cukup ilmu dan pengalaman yang aku kaut dan mungkin juga sebab aku selesa di tempat kerja sekarang ni. Orang kata “comfort zone”. Kerja kadang-kadang banyak dan nak cepat dan kadang-kadang terlalu relax sebab kerja tak banyak . Gaji masih ditakuk lama dan belum nampak tanda-tanda bos akan naikkan gaji aku. Walaupun begitu, aku masih rasa yang aku deserve gaji sebanyak itu walaupun kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan di tempat lain yang gaji masing-masing dah cecah paling cabuk pun RM2300.00 sebulan, aku syukur dengan apa yang aku dapat. Tak payah sibuk dengan gaji orang sebab mungkin kerja & tanggungjawab orang lain lebih besar dari aku. Jadi lebih baik bersyukur dengan apa yang ada & dalam masa yang sama tingkatkan produktiviti dan kurangkan facebook! Hehe..

Sekarang kita beralih kepada perkara yang lebih serius dan terpenting antara semua yang aku dh cerita. Oleh kerana kesedaran akan diri yang dah makin jauh dari agama, dan kerana mahu persiapkan diri sebelum diberi tanggungjawab yang maha berat lepas ni (merujuk kepada azam kedua), aku cuba untuk mengikuti kelas pengajian agama untuk menguatkan balik pengangan hidup. Dalam tercari-cari masa dan kelas-kelas agama yang mungkin boleh disertai, muncul seorang teman mengajak aku untuk bersama-sama dia mengikuti kelas pengajian tafsir Al-Quran. Pucuk dicita ulam mendatang, aku pun bersetuju untuk ikut dia kerana aku sendiri rasa yang memang perlu untuk kita faham Al-Quran (bukan baca berlagu-lagu je) sebagai panduan dalam hidup. Aku perlu mengikuti 6 sessi awal iaitu sessi pengenalan, iman 1, iman 2, sunnah, ibadah & hijrah. Kelas dibuat di dalam sebuah rumah yang dikunci dan aku tak dibenarkan untuk bawa kawan. Ada 4 orang termasuk kawan aku tu yang “mentarbiyyah” aku di mana 2 orang lelaki bertindak sebagai pengajar. Hanya tafsir Quran sahaja yang akan dirujuk dan tiada kitab lain. Sejak dari kelas pertama, aku tak dapat nak tenangkan hati walau bersungguh-sungguh aku cuba positifkan diri & berkata pada hati untuk jangan prejudis. Tapi hati tak pernah tenang dan pada setiap sessi, aku “kamjad” dengan apa yang diajar. Bermula di sessi ke-4 iaitu sessi sunnah, aku diceritakan sejarah ringkas riwayat hidup Rasulullah saw yang mana mereka menyangkal dakwaan yang kononnya Rasulullah saw buta huruf. Mana mungkin cucu kepada pemerintah Mekah seorang yang buta huruf. Mereka juga menolak sunnah-sunnah rasul seperti berjubah, berserban, berjanggut, bersugi dsb. dengan hujah-hujah logik akal. Rasulullah saw berjubah kerana itu budaya orang Arab yang hidup di padang pasir. Rasulullah saw akan berbaju melayu, tidak berserban & berjanggut jika diturunkan di Tanah Melayu. Baginda juga tidak bersugi jika masa itu sudah wujud berus gigi & colgaete! Tersentak aku mendengar hujah mereka. Benar, semua itu tiada dalam Al-Quran tapi bukankah pada diri nabi itu suri teladan yang baik? Sejak dari malam sessi ke-4 itu curiga aku makin meninggi dan di malam sessi ke-5, aku diminta bertaubat kerana telah menyedari dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Mereka pun bersurah dengan 3-4 ayat Al-Quran yang kebetulannya Allah menyebut fasal taubat yang diikuti dengan berzakat. Jadi mereka berkata cara bertaubat sebenar bukanlah bertaubat nasuha atau pun bersolat sunat taubat tetapi dengan melafazkan azam taubah yang berbunyi,

     “Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim, saya, Khairul Azhar Bin Tarmizi dengan ini melafazkan azam taubah saya dan mengeluarkan zakat sebanyak RM375.00 kerana Allah Ta’ala.”

Angka RM375.00 tu datang daripada RM1500.00 yang dibahagikan dengan 4 bulan. Kenapa 4 bulan? Kerana ada 1 ayat Quran yang dibacakan ada menyebut 4 bulan dan dengan mudahnya RM1500.00 dibahagi 4 dan aku wajib bayar RM375.00 selama 4 bulan berturut-turut disamping RM50.00 tiap-tiap bulan sebagai infaq. KAMJAD! Itu perkataan terbaik yang boleh aku gambarkan. Tapi oleh kerana ingin melihat sejauh mana mereka ini nak “bawa” aku, aku gagahkan hati untuk tunggu sampai selesai sessi ke-6 sebelum aku tarik diri. Aku nekad untuk dapatkan balik duit yang aku dh bagi tu.

Dan di sessi ke 6 iaitu hijrah, seperti yang dijanjikan di sessi pengenalan, 1 berita gembira akan disampaikan iaitu apa yang Allah nak cerita dalam Al-Quran boleh kita tahu dari Al-Fatihah kerana Al-Fatihah itu intisari Al-Quran. Dengan analogi-analogi yang digambarkan menerusi tafsiran ayat-ayat Quran, mereka menceritakan bahawa sebenarnya Allah nak perintahkan manusia menerusi Al-Quran ini adalah mewujudkan sebuah negara Islam yang berasaskan undang-undang Islam dan terdiri dari umat Islam! Jadi berita gembira itu ialah kita tak perlu susah payah dah untuk bangunkan negara Islam tu kerana negara Islam tu sedang dibangunkan di suatu tempat yang dirahsiakan. Yang perlu kita lakukan ialah membantu membangunkan negara itu dengan menyalurkan dana dan dana itu dikutip menerusi infaq tiap-tiap bulan yang aku sebutkan tadi. Aku tak diberitahu di mana negara itu sedang dibangunkan dan diminta yakin akan cerita ini lalu dibacakan 2-3 ayat untuk menyokong hujah mereka ini. Aku juga diminta untuk terus mengikuti pengajian ini untuk persiapkan diri untuk menjadi warganegara negara islam yang disebutkan termasuk bersiap-sedia dengan perbelanjaan kewangan untuk aku melawat atau pun terus menetap di sana bila “ilmu” aku dh cukup nanti. Mereka mencadangkan malam seterusnya untuk aku berjumpa “orang atasan” untuk sessi “checking”. Sessi ni untuk test aku samaada layak atau tak untuk meneruskan pengajian. Aku pun bersetuju tapi dalam hati Allah saja yang tahu perasaan gelisah aku.

Esoknya sementara menunggu malam tu, aku mencari-cari siapa orang yang patut aku tanya fasal benda ni dan aku menaip lebih kurang dan menghantar mesej ke laman sesawang bukumuka seorang ulama’ tersohor negara bertanyakan perihal ajaran ini dan Alhamdulillah lepas maghrib beliau menjawab ringkas wslm, barangkali ini kumpulan al-Kahfi..sebuah aliran yang menyimpang”. Bergetar dada aku baca dan aku terus membuat carian di internet dan hasilnya aku jumpa 3 blog berkenaan dengan ajaran/gerakan Al-Kahfi ini.

  1. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=238861&highlight=gerakan%2Bkahfi
  2. http://gerakankahfi.blogspot.com/2006/06/kajian-gerakan-al-kahfi.html
  3. http://azaytun.wordpress.com/2005/09/


Jadi aku pun batalkan janjitemu malam tu. Dan esoknya aku lontarkan beberapa soalan kepada kawan aku tu termasuk link-link yang aku jumpa ni. Tapi sayangnya kawan aku tu menolak mentah-mentah malah berhujah aku dengan menggunakan ayat-ayat Quran dalam menjawab soalan-soalan yang aku kemukakan. Aku gagal melihat rasional ayat yang digunakan sebagai jawapan itu. Demikian kuatnya dia memegang aqidah barunya itu. Aku mengajaknya berdebat dengan seorang ustaz yang akan aku bawa dan aku beri dia peluang untuk bawa sesiapa sahaja dari golongan dia untuk berhujah tapi malang sekali ajakan aku itu ditolak dengan alasan mereka menjaga rahsia Muhammad seperti dalam Surah 60 Ayat 1. Aku tegaskan yang aku takkan teruskan pengajian tersebut dan minta dia pulangkan balik duit RM375.00 tu. Dan yang paling merisaukan aku ialah dia kata ada lagi 4-5 orang kawan-kawan sekelas yang ikut benda ni! Lagi sekali berderau dada aku. Siapa la yang lagi 3-4 orang tu dan macam mana la aku nak bawa mereka itu kembali ke pangkal jalan.

Benda ni masih aku pendamkan buat masa ini tapi aku sedang mencari jalan untuk menyelematkan kawan-kawan yang dah terikut dengan ajaran kahfi tu atau paling tidak pun untuk sekat mereka dari merekrut ahli baru. Aku harap Allah bagi ilmu dan kekuatan pada aku untuk pikul amanah yang tak dijangka ni! Pada kawan yang baca posting aku kali ini, harap masing-masing boleh bantu aku banteras benda yang tengah melanda komuniti kita ni. Nak belajar tafsir mesti belajar Asbabul Nuzul (sebab-sebab penurunan ayat) dan belajar bahasa Arab sebab memang la kita ada tafsir tapi kita perlu tahu tatabahasa, gaya bahasa dan seni bahasa Arab untuk lebih faham tafsir Quran. Mesti belajar dari guru yang arif dan merujuk pada kitab-kitab dan pandangan-pandangan ulama-ulama tafsir yang muktabar seperti Ibnu Kathir. Bukannya belajar dari mereka-mereka yang mentafsir Quran secara direct dan ‘parking’ maksud ayat ikut nafsu sendiri!

Kahfi ni tak ubah mcm Arqam. Atas nama perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam, pengikut didoktrinkan dengan kepatuhan kepada pemimpin (Ulul amri) dan berkorban harta benda dan kepentingan diri demi jemaah! Di sinilah eksploitasi dilakukan yang mana akhirnya ibadah cukup hanya dengan niat, solat menjadi tidak wajib, wajib nikah dengan ahli gerakan sahaja kerana mereka-mereka yang tidak menjadi ahli atau tidak percaya akan ajaran ini dianggap kafir hatta keluarga sendiri!

Aku rasa cukup sampai sini je posting aku kali ini. Mohon maaf kalau ada sesiapa yang terguris. Aku sayangkan agama Allah lebih dari persahabatan. Biar kafir dimata kalian dari kafir dipandangan Allah.

                “Ya Allah, engkau berilah petunjuk dan kekuatan untuk berubah kepada kawan-kawan aku yang tersesat itu. Mereka ini dipesongkan dalam mencari jalan pulang ke rahmat-MU oleh golongan-golongan yang ingin membuat keuntungan yang sedikit dari ayat-ayat suci-MU. Selamatkanlah aqidah mereka dan juga diriku. Amin ya rabbal ‘alamin”

p/s: amacam dengan bahasa aku kali ini? Skema tak? Hahaha..sekali-sekala buat karangan..

Friday, April 16, 2010

revival!

salam..last post aku bln 11 dulu..lame gle x berblog..so ape habo yeop yong di luo sane? haha..aku bkn pasal ape..start dr ujong taun lepas, company tmpt aku menabur bakti dihujani byk projek smpai le bln ini pon masih ade projek masuk..alhamdulillah..byk projek masuk, dpt le bos aku byr gaji aku..tp mmg perit gile la keje ngn org ni..atas name nk timba pengalaman, aku telan juge la walau mulut byk merungut tp hati aku cekal kn juge..mane x nye, br sebulan lepas, projek LCCT baru kitorg kne buat tender ngn bebudak DMA..a massive infra project tp byk benda baru yg aku blajo especially roadworks & pavement. syukur sgt aku dpt blajo benda2 baru..alhamdulillah..selama ni, suasana di opis tu yg byk wt aku rs selesa & x kesah utk spend byk mase di opis utk siap kn keje..tp skang, aku dh makin rs x best duk keje kt ctu atas 1-2 sbb..bila opis x lg sediakn suasana yg kondusif utk aku bkerja, so aku jd hilang motivation & dedikasi utk menabur bakti..pengalaman tu di mane2 pon ade..kontraktor cara kontraktor la..so bkn kt ctu je aku bleh timba pengalaman!

enuff said psl keje..ujong bln 1 aritu aku g bandung atas opis trip..seronok sbb 1st time naek flight & 1st time gak ke luar negara! abeh la jugak dlm 900 duit aku belanja kt sane..borong kaen utk family..puas ati walau pon kesan dr belanja tu smpai skang aku t'pkse jimat belanja bulan2 aku! overall, aku sgt happy!

mcm yg aku penah bg tau sblom ni (kt facebook kot), aku ade 2 target @ azam yg nk aku capai taun 2010 ni & azam yg pertama tu perlu aku capai dulu so baru azam yg ke-2 tu dpt aku trus kn..so, 1st target sedang aku usahakan & so far it goes smooth as what i expected..alhamdulillah..moga Allah permudahkan urusan aku..dan dlm pd aku mengejar target2 tu, aku selitkan usaha laen sbg back up utk mase depan aku..aku tgh merancang & mencari tapak utk mulekan perniagaan kecil-kecilan aku & dia..harap2 bulan dpn dh bleh start..harap sokongan kwn2 & bukannya pelingkup! haha..

so cukop la kot wt sementara waktu..jumpe lg laen kali (4 bulan lg kot..haha)..moga Allah mudahkan urusan & beri petunjuk..salam