Monday, February 14, 2011

Upgrade sket!

Assalamu'alaikum..tajuk kite, "upgrade"..ade style Professor Izi Haji Ali tak? hehehe..saje je nk update sket status idop kt blog ni..kalo tak nnti ade yg nganjing aku update blog setaun sekali je..dsem..heh..pd 29hb Januari 2010, aku dh upgrade status hubungan aku dgn Izzati..secara rasminya kami dh bertunang..actually takde ape beza pon dh tunang ke blom tunang cuma excited lebih psl tinggal 1 step je lg nk menikah! maka bertambahlah lg rase syg pd si dia..bermula dr perkenalan di Friendster 3 taun lepas, btol2 lepas aku melepaskan jawatan sebagai Presiden QUEST, aku disapa si dia di Friendster..dia ucap birthday 2 hari awal iaitu pd 21hb September 2007..mula dr saat itu, aku trus amek peluang utk kenal dia & melalui proses yg singkat, aku terus jatuh hati dgn dia..very simple..aku pon tak sangke semudah itu..dan start dari situ smpi la hari ni, kami menikmati hubungan bahagia & sgt kurang bergaduh..dia mmg btol2 syg kn aku & dengar ape cakap aku..sgt mudah di handle..itu psl aku syg sgt2 ngn dia..insyaAllah, lepas raya kami akan menikah..harap doa kawan2 agar jodoh kami dipermudahkan..i love her so much!

upgrade yg kedua is aku dh diterima bekerja di Malaysia Airport Holdings Berhad..actually lame dh Ir. Zaifuddin offer aku utk keje kt situ sbb dia General Manager utk projek KLIA2 tu..tp mcm dulu gak la aku tak kate pon nk ke taknak..tp dh selalu sgt die offer & aku pon pk nk kawen cpt2, so aku hantar la resume &1hb Februari 2011 aritu, dpt la aku keje tu..alhamdulillah..offer yg menarik & boleh la aku saving lebih sket utk kawen..buat mase ni aku stay kt umah abg aku di jalan kebun, shah alam..about 45 minutes to office..merempit ke opis dgn moto baru..BEB terpakse aku dua kn sbb geran die hilang so tak bleh nk renew roadtax & upgrade kasik lawa sket..tp keje kt MAHB Client Office ni busy giler kot..asek wt payment je..dh tu kne masuk meeting lak..boleh kate tiap2 hari blk lepas maghrib..tp takpe..mula2 cmtu la..smentara nk phm2 kn dgn cara keje kt cni..nnti dh dpt tune bleh la wt keje laju sket..insyaAllah..

Alhamdulillah..so far hidup aku semakin baik..kewangan semakin stabil..rumah dh ade 1..cuma kete je blom ade psl aku mmg taknak beli kete..kalo bleh nk beli sebijik lg umah kt area2 sepang ni..kalo x beli pon mungkin dlm bln 6 ni aku kena pindah bandar baru salak tinggi atau kwsn2 sekitar ni..bleh la sket2 beli brg umah..moga Allah limpahkan aku dgn rezeki yg halal lagi baik lepas ni..

Wednesday, December 8, 2010

K.A.M.J.A.T

Assalamu’alaikum wbt.

Kalau tak silap, ini posting kedua aku dalam tahun ini. Bukan kerana terlalu sibuk, tapi kerana aku tak rasa semua benda aku nak kena cerita. Lagi pun, hari-hari aku dah meluah di laman sesawang bukumuka. Jadi rasanya tiada keperluan untuk mengemaskini blog sajenyelepon ni. Tapi kali ini, aku rasa perlu untuk aku menulis kerana dah hujung tahun dan kalau ikut bulan Islam, dah masuk tahun baru pun. Jadi posting yang ini lebih kepada nak cerita secara keseluruhan pencapaian dan pengalaman hidup tahun 2010 ini.

Cukup dengan mukadimah kita terus kepada azam-azam yang aku angankan pada awal tahun 2010 ini. Aku tetapkan tahun 2010 ni ada 2 azam besar yang aku ingin capai tapi jadi 3 azam pula bila dh lepas suku tahun yang pertama dan alhamdulillah 1 dari 3 tu aku dah berjaya capai dan lagi dua tu sangat-sangat hampir nak tercapai tapi terpaksa dibawa ke tahun depan dan insyaAllah, tahun depan kedua-duanya akan dicapai dengan jayanya. Impian untuk membahagiakan mak dah pun dapat aku tunaikan dan hasilnya sebuah rumah yang tak seberapa besar dan selesa tapi aku kira cukup besar ertinya buat mak yang telah sekian lama mengidamkan untuk punyai sebuah rumah sendiri! Alhamdulillah. Allah beri aku kelapangan dan kesempatan untuk berbakti pada mak dan abah. Pada yang telah membantu terutamanya abang aku, seorang sahabat bernama Meor dan cimuk tersayang, aku ucapkan ribuan terima kasih. Apalah kiranya wang ringgit hatta nyawa ini untuk mak yang melahirkan kerana tiada apa dapat aku balas untuk menebus tiap tegukan air susu mak dan setiap penderitaan yang mak lalui untuk besarkan aku hingga kini.

Azam yang kedua ni aku anggarkan harus terjadi sekiranya azam yang pertama tadi tu selesai. Jadi oleh sebab azam yang pertama tu lambat tercapai (baru dalam seminggu ni je pon), azam yang kedua ni pon agak tergendala tapi aku dah mula gerak langkah dalam masa azam yang pertama tu sedang diusahakan. Alhamdulillah, perkembangan yang positif dan memang betul agakkan aku yang azam kedua ni akan menjadi bila azam yang pertama berjaya. Justeru, harus persiapkan diri untuk azam yang kedua ini!

Azam yang ketiga ni tak lah begitu besar tapi penting dan atas rasa tanggungjawab kepada keluarga, aku usahakan juga untuk tolong apa yang termampu. Sekali lagi, abang aku masih sedia membantu dan begitu juga dengan kakak sulung aku, Yong. Rasa malu pun ada kerana aku terpaksa susahkan mereka lagi sedangkan sekarang aku dah pun bekerja. Dulu masa belajar Yong dengan Abang la yang banyak tolong. Moga Allah murahkan rezeki mereka. Amin.

Berkenaan dengan kerjaya, aku masih lagi di tempat lama. Belum terbuka hati untuk berhijrah. Mungkin sebab belum cukup ilmu dan pengalaman yang aku kaut dan mungkin juga sebab aku selesa di tempat kerja sekarang ni. Orang kata “comfort zone”. Kerja kadang-kadang banyak dan nak cepat dan kadang-kadang terlalu relax sebab kerja tak banyak . Gaji masih ditakuk lama dan belum nampak tanda-tanda bos akan naikkan gaji aku. Walaupun begitu, aku masih rasa yang aku deserve gaji sebanyak itu walaupun kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan di tempat lain yang gaji masing-masing dah cecah paling cabuk pun RM2300.00 sebulan, aku syukur dengan apa yang aku dapat. Tak payah sibuk dengan gaji orang sebab mungkin kerja & tanggungjawab orang lain lebih besar dari aku. Jadi lebih baik bersyukur dengan apa yang ada & dalam masa yang sama tingkatkan produktiviti dan kurangkan facebook! Hehe..

Sekarang kita beralih kepada perkara yang lebih serius dan terpenting antara semua yang aku dh cerita. Oleh kerana kesedaran akan diri yang dah makin jauh dari agama, dan kerana mahu persiapkan diri sebelum diberi tanggungjawab yang maha berat lepas ni (merujuk kepada azam kedua), aku cuba untuk mengikuti kelas pengajian agama untuk menguatkan balik pengangan hidup. Dalam tercari-cari masa dan kelas-kelas agama yang mungkin boleh disertai, muncul seorang teman mengajak aku untuk bersama-sama dia mengikuti kelas pengajian tafsir Al-Quran. Pucuk dicita ulam mendatang, aku pun bersetuju untuk ikut dia kerana aku sendiri rasa yang memang perlu untuk kita faham Al-Quran (bukan baca berlagu-lagu je) sebagai panduan dalam hidup. Aku perlu mengikuti 6 sessi awal iaitu sessi pengenalan, iman 1, iman 2, sunnah, ibadah & hijrah. Kelas dibuat di dalam sebuah rumah yang dikunci dan aku tak dibenarkan untuk bawa kawan. Ada 4 orang termasuk kawan aku tu yang “mentarbiyyah” aku di mana 2 orang lelaki bertindak sebagai pengajar. Hanya tafsir Quran sahaja yang akan dirujuk dan tiada kitab lain. Sejak dari kelas pertama, aku tak dapat nak tenangkan hati walau bersungguh-sungguh aku cuba positifkan diri & berkata pada hati untuk jangan prejudis. Tapi hati tak pernah tenang dan pada setiap sessi, aku “kamjad” dengan apa yang diajar. Bermula di sessi ke-4 iaitu sessi sunnah, aku diceritakan sejarah ringkas riwayat hidup Rasulullah saw yang mana mereka menyangkal dakwaan yang kononnya Rasulullah saw buta huruf. Mana mungkin cucu kepada pemerintah Mekah seorang yang buta huruf. Mereka juga menolak sunnah-sunnah rasul seperti berjubah, berserban, berjanggut, bersugi dsb. dengan hujah-hujah logik akal. Rasulullah saw berjubah kerana itu budaya orang Arab yang hidup di padang pasir. Rasulullah saw akan berbaju melayu, tidak berserban & berjanggut jika diturunkan di Tanah Melayu. Baginda juga tidak bersugi jika masa itu sudah wujud berus gigi & colgaete! Tersentak aku mendengar hujah mereka. Benar, semua itu tiada dalam Al-Quran tapi bukankah pada diri nabi itu suri teladan yang baik? Sejak dari malam sessi ke-4 itu curiga aku makin meninggi dan di malam sessi ke-5, aku diminta bertaubat kerana telah menyedari dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Mereka pun bersurah dengan 3-4 ayat Al-Quran yang kebetulannya Allah menyebut fasal taubat yang diikuti dengan berzakat. Jadi mereka berkata cara bertaubat sebenar bukanlah bertaubat nasuha atau pun bersolat sunat taubat tetapi dengan melafazkan azam taubah yang berbunyi,

     “Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim, saya, Khairul Azhar Bin Tarmizi dengan ini melafazkan azam taubah saya dan mengeluarkan zakat sebanyak RM375.00 kerana Allah Ta’ala.”

Angka RM375.00 tu datang daripada RM1500.00 yang dibahagikan dengan 4 bulan. Kenapa 4 bulan? Kerana ada 1 ayat Quran yang dibacakan ada menyebut 4 bulan dan dengan mudahnya RM1500.00 dibahagi 4 dan aku wajib bayar RM375.00 selama 4 bulan berturut-turut disamping RM50.00 tiap-tiap bulan sebagai infaq. KAMJAD! Itu perkataan terbaik yang boleh aku gambarkan. Tapi oleh kerana ingin melihat sejauh mana mereka ini nak “bawa” aku, aku gagahkan hati untuk tunggu sampai selesai sessi ke-6 sebelum aku tarik diri. Aku nekad untuk dapatkan balik duit yang aku dh bagi tu.

Dan di sessi ke 6 iaitu hijrah, seperti yang dijanjikan di sessi pengenalan, 1 berita gembira akan disampaikan iaitu apa yang Allah nak cerita dalam Al-Quran boleh kita tahu dari Al-Fatihah kerana Al-Fatihah itu intisari Al-Quran. Dengan analogi-analogi yang digambarkan menerusi tafsiran ayat-ayat Quran, mereka menceritakan bahawa sebenarnya Allah nak perintahkan manusia menerusi Al-Quran ini adalah mewujudkan sebuah negara Islam yang berasaskan undang-undang Islam dan terdiri dari umat Islam! Jadi berita gembira itu ialah kita tak perlu susah payah dah untuk bangunkan negara Islam tu kerana negara Islam tu sedang dibangunkan di suatu tempat yang dirahsiakan. Yang perlu kita lakukan ialah membantu membangunkan negara itu dengan menyalurkan dana dan dana itu dikutip menerusi infaq tiap-tiap bulan yang aku sebutkan tadi. Aku tak diberitahu di mana negara itu sedang dibangunkan dan diminta yakin akan cerita ini lalu dibacakan 2-3 ayat untuk menyokong hujah mereka ini. Aku juga diminta untuk terus mengikuti pengajian ini untuk persiapkan diri untuk menjadi warganegara negara islam yang disebutkan termasuk bersiap-sedia dengan perbelanjaan kewangan untuk aku melawat atau pun terus menetap di sana bila “ilmu” aku dh cukup nanti. Mereka mencadangkan malam seterusnya untuk aku berjumpa “orang atasan” untuk sessi “checking”. Sessi ni untuk test aku samaada layak atau tak untuk meneruskan pengajian. Aku pun bersetuju tapi dalam hati Allah saja yang tahu perasaan gelisah aku.

Esoknya sementara menunggu malam tu, aku mencari-cari siapa orang yang patut aku tanya fasal benda ni dan aku menaip lebih kurang dan menghantar mesej ke laman sesawang bukumuka seorang ulama’ tersohor negara bertanyakan perihal ajaran ini dan Alhamdulillah lepas maghrib beliau menjawab ringkas wslm, barangkali ini kumpulan al-Kahfi..sebuah aliran yang menyimpang”. Bergetar dada aku baca dan aku terus membuat carian di internet dan hasilnya aku jumpa 3 blog berkenaan dengan ajaran/gerakan Al-Kahfi ini.

  1. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=238861&highlight=gerakan%2Bkahfi
  2. http://gerakankahfi.blogspot.com/2006/06/kajian-gerakan-al-kahfi.html
  3. http://azaytun.wordpress.com/2005/09/


Jadi aku pun batalkan janjitemu malam tu. Dan esoknya aku lontarkan beberapa soalan kepada kawan aku tu termasuk link-link yang aku jumpa ni. Tapi sayangnya kawan aku tu menolak mentah-mentah malah berhujah aku dengan menggunakan ayat-ayat Quran dalam menjawab soalan-soalan yang aku kemukakan. Aku gagal melihat rasional ayat yang digunakan sebagai jawapan itu. Demikian kuatnya dia memegang aqidah barunya itu. Aku mengajaknya berdebat dengan seorang ustaz yang akan aku bawa dan aku beri dia peluang untuk bawa sesiapa sahaja dari golongan dia untuk berhujah tapi malang sekali ajakan aku itu ditolak dengan alasan mereka menjaga rahsia Muhammad seperti dalam Surah 60 Ayat 1. Aku tegaskan yang aku takkan teruskan pengajian tersebut dan minta dia pulangkan balik duit RM375.00 tu. Dan yang paling merisaukan aku ialah dia kata ada lagi 4-5 orang kawan-kawan sekelas yang ikut benda ni! Lagi sekali berderau dada aku. Siapa la yang lagi 3-4 orang tu dan macam mana la aku nak bawa mereka itu kembali ke pangkal jalan.

Benda ni masih aku pendamkan buat masa ini tapi aku sedang mencari jalan untuk menyelematkan kawan-kawan yang dah terikut dengan ajaran kahfi tu atau paling tidak pun untuk sekat mereka dari merekrut ahli baru. Aku harap Allah bagi ilmu dan kekuatan pada aku untuk pikul amanah yang tak dijangka ni! Pada kawan yang baca posting aku kali ini, harap masing-masing boleh bantu aku banteras benda yang tengah melanda komuniti kita ni. Nak belajar tafsir mesti belajar Asbabul Nuzul (sebab-sebab penurunan ayat) dan belajar bahasa Arab sebab memang la kita ada tafsir tapi kita perlu tahu tatabahasa, gaya bahasa dan seni bahasa Arab untuk lebih faham tafsir Quran. Mesti belajar dari guru yang arif dan merujuk pada kitab-kitab dan pandangan-pandangan ulama-ulama tafsir yang muktabar seperti Ibnu Kathir. Bukannya belajar dari mereka-mereka yang mentafsir Quran secara direct dan ‘parking’ maksud ayat ikut nafsu sendiri!

Kahfi ni tak ubah mcm Arqam. Atas nama perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam, pengikut didoktrinkan dengan kepatuhan kepada pemimpin (Ulul amri) dan berkorban harta benda dan kepentingan diri demi jemaah! Di sinilah eksploitasi dilakukan yang mana akhirnya ibadah cukup hanya dengan niat, solat menjadi tidak wajib, wajib nikah dengan ahli gerakan sahaja kerana mereka-mereka yang tidak menjadi ahli atau tidak percaya akan ajaran ini dianggap kafir hatta keluarga sendiri!

Aku rasa cukup sampai sini je posting aku kali ini. Mohon maaf kalau ada sesiapa yang terguris. Aku sayangkan agama Allah lebih dari persahabatan. Biar kafir dimata kalian dari kafir dipandangan Allah.

                “Ya Allah, engkau berilah petunjuk dan kekuatan untuk berubah kepada kawan-kawan aku yang tersesat itu. Mereka ini dipesongkan dalam mencari jalan pulang ke rahmat-MU oleh golongan-golongan yang ingin membuat keuntungan yang sedikit dari ayat-ayat suci-MU. Selamatkanlah aqidah mereka dan juga diriku. Amin ya rabbal ‘alamin”

p/s: amacam dengan bahasa aku kali ini? Skema tak? Hahaha..sekali-sekala buat karangan..

Friday, April 16, 2010

revival!

salam..last post aku bln 11 dulu..lame gle x berblog..so ape habo yeop yong di luo sane? haha..aku bkn pasal ape..start dr ujong taun lepas, company tmpt aku menabur bakti dihujani byk projek smpai le bln ini pon masih ade projek masuk..alhamdulillah..byk projek masuk, dpt le bos aku byr gaji aku..tp mmg perit gile la keje ngn org ni..atas name nk timba pengalaman, aku telan juge la walau mulut byk merungut tp hati aku cekal kn juge..mane x nye, br sebulan lepas, projek LCCT baru kitorg kne buat tender ngn bebudak DMA..a massive infra project tp byk benda baru yg aku blajo especially roadworks & pavement. syukur sgt aku dpt blajo benda2 baru..alhamdulillah..selama ni, suasana di opis tu yg byk wt aku rs selesa & x kesah utk spend byk mase di opis utk siap kn keje..tp skang, aku dh makin rs x best duk keje kt ctu atas 1-2 sbb..bila opis x lg sediakn suasana yg kondusif utk aku bkerja, so aku jd hilang motivation & dedikasi utk menabur bakti..pengalaman tu di mane2 pon ade..kontraktor cara kontraktor la..so bkn kt ctu je aku bleh timba pengalaman!

enuff said psl keje..ujong bln 1 aritu aku g bandung atas opis trip..seronok sbb 1st time naek flight & 1st time gak ke luar negara! abeh la jugak dlm 900 duit aku belanja kt sane..borong kaen utk family..puas ati walau pon kesan dr belanja tu smpai skang aku t'pkse jimat belanja bulan2 aku! overall, aku sgt happy!

mcm yg aku penah bg tau sblom ni (kt facebook kot), aku ade 2 target @ azam yg nk aku capai taun 2010 ni & azam yg pertama tu perlu aku capai dulu so baru azam yg ke-2 tu dpt aku trus kn..so, 1st target sedang aku usahakan & so far it goes smooth as what i expected..alhamdulillah..moga Allah permudahkan urusan aku..dan dlm pd aku mengejar target2 tu, aku selitkan usaha laen sbg back up utk mase depan aku..aku tgh merancang & mencari tapak utk mulekan perniagaan kecil-kecilan aku & dia..harap2 bulan dpn dh bleh start..harap sokongan kwn2 & bukannya pelingkup! haha..

so cukop la kot wt sementara waktu..jumpe lg laen kali (4 bulan lg kot..haha)..moga Allah mudahkan urusan & beri petunjuk..salam

Sunday, November 22, 2009

the road to take..the road not taken..take a car & go travelling!

Salam..We meet again dudes..this time more or less quite the same with the last topic (not the lyrics ok)..so soon after admitting that i’m not gonna buy a car, i would like to tell you all that i want to buy a car!!! Funny right? Flip-flop or what? Hahaha..Say whatever you like but the fact is i dont want a car but i NEED a car..the reason behind this is because i travelled so much this month (3 times to Putrajaya) for meeting, site valuation & submitting claim or documents..And, i expect this will continue so i need to have one! Before this, i use my babe’s car to go to the meeting but i ask myself time after time, “how long i want to use her car?” next sem she will going to practical so i no longer can use the car..
Actually, i can go to the meeting by riding my “Offensive Grasshopper” but what will i do if it gets punchered or broke down on our way to Putrajaya..You think is it easy to find workshop or calling the mechanics to come? U’ll get mad! And what about rain? Currently are rainy season and all the documents will get wet when the rain hits the ground! Hence, it’s not practical to ride motorcycle for such a long distance travell..Buying a car could proof to be the solution but how much it will affect my financial? Should i pull my purse string and go spending or keep tight on my expenses so i can afford to buy a car? All this still in my consideration and i would like to hear some good or even genius suggestion from my friends..what do you think dudes? Gimme sime ideas please.. 

Monday, November 2, 2009

Keinsafan

sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
dingin terasa memecah kesunyian malam
dan aku di sini sendiri dibaluti resah
dibayangi seksa yang tak sudah...
mendung berlalu sepi tiada purnama
di dalam kelam terlihat bayangku sendiri
terpaku membisu tanpa suara dan segala
apa petanda apa rahsia?
oh tuhanku yang maha esa
maha pengasih maha pemurah
andainya malam yang begini
memberi pengertian untukku mencari hidayahmu
maka ku tadahkan setulus
pengampunan dan pengharapan
untuk aku menebus dosa-dosa semalam...
cukup setakat ini aku merasa
terasing terhukum dalam sengsara
balasan dari kehancuran yang aku ciptakan...
dan kini aku mengerti antara dosa pahala
yang mana lebih utama dalam meniti
kehidupan dan hari kematian...
andai malam ini satu peringatan
bersyukur pada ilahi
andai malam ini satu kesudahan
ku pintakan
satu penangguhan
untuk aku mengucapkan kalimah terakhir...........

Thursday, October 29, 2009

Rumah, Kereta & Kahwin (@ nikah)

salam..ni post aku yg kedua..kali ni aku nk lontarkan persoalan & pandangan aku tentang 3 benda iaitu rumah, kereta & kahwin @ nikah..apabila dah mula berkerja, kita punya keinginan terhadap material semakin tinggi..setengah orang gile nk beli kete..ada yg nk beli kete baru, ada yg asal ada kete je cukop la so 2nd hang pny kete pon takpe..ada pulak yg lain merancang nk beli rumah & ada pulak yg lain tgh ligat mencongak mcm mana nk buat utk boleh kahwin cepat2..hmmm...pd aku, aku paling memikirkan yg ketiga tu..aku mmg tgh ligat memikirkan mcm mana boleh aku buat untuk membolehkan aku untuk kahwin cepat..mcm2 cara aku fikir tp belum dpt cara yg terbaik sbb masih lg tgh consider byk perkara terutamanya priority2 lain..

pertama2 sekali, nk bls dulu jasa mak abah aku yang setengah mati sekolahkan aku tinggi2 smpi dpt degree..takkan le bila dh grad ni aku nk buat hal sendiri pulak..impian aku nk belikan rumah utk mak aku sbb semenjak mak aku kahwin ngn bapak aku, tak pernah rasa duduk rumah sendiri & mak aku sendiri cakap sebelum dia tutup mata, nk jugak merasa..so pd aku, tu priority aku..jadi, kahwin jd priority no.2..kete, aku mmg berahi sgt kt Myvi S.E kaler putih..geram sgt tgk..tp nk beli? hmmm sori la..wtpe aku nk tanggung hutang & klua belanja 7-8 ratus sebulan semata-mata utk kete..tp tu semua ckp2 buat masa ini la..

tengah2 aku penat memerah otak memikir, abg aku bg aku 1 cdgn (abg aku ni mengaji tak tinggi tp kepale hotak dia mmg bergeliga & pandai buat duit!)..dia suruh aku beli rumah & dia pon ada bg aku 1 cdgn utk beli rumah di kawasan2 dkt ngn Jalan Kebun, Shah Alam tu la..ada sorg cina ni nk jual rumah teres dia dgn harga RM70,000.00 je & bank estimate current market value rumah tu boleh up sampai RM110K! so kalau nk beli rumah tu, aku boleh buat loan smpi RM100K so aku ada balance RM30K lg utk joli! hehe..jd, duit yg lebih tu boleh la nk gune utk anta mak abah aku g umrah (10K), 10K lg byr apa2 hutang familiy yg ada & lg 10K boleh buat modal nk business..aku fikir2, btol gak tu & instead bukan la rumah tu je, tp rumah2 yg lain pon boleh gak cuma kita perlu deal ngn banker la..tp biasanya abg aku kata, org bank lg la suka nk bg kita pinjam tinggi sbb bank gak la yg untung! jd lepas fikir2 kn benda ni, aku skang memilih utk membeli rumah & sedang giat mencari lokasi kt mana ada rumah nk di jual (kg bagus kalau dpt bank lelong)..

cuma skang ni yg aku fikir, bila patut aku beli rumah..adakah patut skarang @ bila aku dh nk kahwin..kalau ikut priority, beli skarang sbb rumah tu untuk mak aku..tp kalau priority aku nk kahwin cpt, aku patut beli lg 4-5 bulan sebelum nk kahwin sbb duit yg lebih tu boleh buat untuk hantaran & kenduri! hehe bijak gak pale hotak aku ni..so apa kata korang semua? nk tau gak apa pendapat korg tentang perkara2 mcm ni..aku yakin kita semua share interest yg sama skang ni..so kwn2, mintak pendapat korg & kongsi ilmu kalau2 korg ada cara yg lain yg lebih baik & pantas utk aku beli rumah @ kahwin..thanks!

Sunday, October 25, 2009

mulekan monolog!

salam..hari ini dalam sejarah! aku mula menulis dalam blog lepas baca blog kawan2 seangkatan yg dh lama menulis blog..lama dh cdg nk tulis blog ni tp aku tertanya-tanya apa sebanarnya yg nk di tulis dalam blog ni? nak ke org baca blog aku ni? dan macam2 lg lah pertanyaan yg menyerang benakku lantas menguncupkan rasa ingin menulis! tp selepas sekian lama, aku dpt jwpn utk persoalan2 td tu..pertama, jgn peduli samada orang nk baca ke tak tulisan aku ni..yg penting aku rasa blog adalah tempat meluah rasa hati yg mungkin dpt melepaskan tekanan yg bersarang dlm kepala..jd, pedulikan org nk baca ke tak janji lepas tekanan! yg kedua, apa yg nk di tulis? semua yg aku rasa logik & patut utk di ceritakan..jd tak kiralah apa pun topik asalkan tak menyinggung org lain insyaAllah..harapan aku agar bloh ini dpt membawa faedah & kebaikan pd aku & utk org lain juga..ameeen..salam